Header Ads

Agama



Kemuliaan (Malam) Lailatul Qadar

Assalamualaikum.
Pada bulan Ramadhan ada satu malam yang paling dinantikan oleh seluruh umat islam. Malam yang sangat ditunggu-tunggu itu adalah (malam) lailatul qadar. Pada (malam) lailatul qadar itu Allah memberikan rahmat dan keampunan kepada hamba-hamba yang bangun untuk melakukan amal ibadah kepadaNya.
Pada (malam) lailatul qadar itu pahala amal ibadah yang dilakukan akan dilipat gandakan oleh Allah menyamai dengan pahala beribadah selama 1000 bulan. Ianya adalah satu anugerah dari Allah kepada hamba-hambaNya yang bertakwa.
Firman Allah dalam surah Al Qadr yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada (malam) Lailatul Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Lailatul Qadar itu?. Lailatul Qadar itu adalah malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala urusan(yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.”
Kita hendaklah sentiasa bersemangat untuk menghidupkan (malam) lailatul qadar dan mengerjakan amal ibadah pada malam ini kerana mengharapkan keredhaan Allah. Peluang yang diberikan pada (malam) lailatul qadar ini hendaklah digunakan dengan sebaiknya bagi mendapat ganjaran pahala yang besar dari Allah.
Bilakah berlakunya (malam) lailatul qadar?
Sebagaimana yang kita tahu, (malam) lailatul qadar sudah pasti akan berlaku pada bulan Ramadhan. Dan waktu akan berlakunya (malam) lailatul qadar ini adalah pada salah satu malam daripada 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Maka kita hendaklah berusaha mencari (malam) lailatul qadar ini pada 10 malam yang terakhir bulan Ramadhan.
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Carilah lailatul qadar pada malam-malam ganjil dari sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan.”- (Hadis riwayat Bukhari)
Jika kita dapat melihat betapa cantiknya Allah dalam mendidik hamba-hambaNya. Setelah 20 hari Ramadhan diri kita telah di didik untuk melakukan ibadah puasa dan ibadah sunat yang lain. Jiwa kita telah bersih dan iman kita juga semakin bertambah. Pada 10 malam terakhir ini adalah waktu yang terbaik untuk kita mempertingkatkan lagi amal ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah dan berusaha untuk mendapatkan (malam) lailatul qadar.
Meningkatkan Lebih Banyak Amalan
Pada malam 10 terakhir Ramadhan kita berusaha untuk meningkatkan lagi amal ibadah yang biasa dilakukan pada malam-malam sebelumnya. Ibadah yang kita lakukan pada (malam) lailatul qadar ini pahala amalan akan dilipatkan gandakan oleh Allah. Kita bangun pada malam harinya untuk melakukan ibadah qiamullai dan kita melakukannya untuk mendapatkan keredhaan Allah. Segala ibadah yang kita lakukan dengan penuh keikhlasan akan diterima oleh Allah dan pahala akan dilipat gandakan.
Berdoa Beroleh Kesejahteraan Dunia dan Akhirat
Pada (malam) lailatul qadar adalah di antara waktu-waktu yang mustajab untuk kita berdoa kepada Allah. Semoga Allah memakbulkan doa-doa yang kita mohon pada (malam) lailatul qadar ini. Kita boleh berdoa memohon kepada Allah apa sahaja yang kita inginkan. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh apa sahaja hajat yang kita inginkan. Berdoalah kita semoga diberikan kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Berdoa juga untuk kebahagiaan saudara-saudara kita yang lain.
Memohon Keampunan Dosa-dosa
Kita hendaklah sentiasa memohon keampuan kepada Allah di atas dosa-dosa yang telah kita lakukan. Pada (malam) lailatul qadar adalah waktu yang sangat baik bagi kita membersihkan diri dari segala dosa-dosa yang pernah kita lakukan sebelum ini. Kita hendaklah memperbanyakkan bacaan istighfar kepada Allah dan melakukan solat sunat taubat. Semoga Allah akan memberi keampunan atas segala dosa-dosa yang telah kita lakukan. Lailatul qadar akan menjadi malam untuk kita suci dari segala dosa-dosa jika kita ikhlas memohon keampunan kepada Allah.
Membersihkan Jiwa Dengan mengingati Allah
Pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan hendaklah kita lebih mendekatkan diri kepada Allah. Lailatul qadar adalah waktu yang paling baik untuk kita mendekatkan diri kepada Allah. Pada (malam) lailatul qadar ini hendaklah kita memperbanyakkan menyebut nama Allah dengan berzikir. Hati kita akan menjadi tenang apabila selalu menyebut nama Allah. Allah akan memberi ganjaran pahala yang besar kepada hamba-hambaNya yang beriman, yang banyak menyebut nama dan mengingatiNya pada (malam) lailatul qadar ini.
Lailatul qadar adalah satu anugerah Allah yang sangat besar kepada umat islam. Kita melakukan ibadah pada (malam) lailatul qadar kerana ingin mendapat ganjaran pahala yang besar dari Allah. Kita hendaklah meyakini sepenuhnya akan ketibaan (malam) lailatul qadar ini. Lailatul qadar akan dapat kita jumpa jika kita berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk bertemu dengannya.
Kita tidak mengetahui bila akan berlakunya (malam) lailatul qadar ini. Tapi kita hendaklah melakukan persediaan yang secukupnya bagi bertemu dengan (malam) lailatul qadar ini pada satu malam diantara 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Lailatul qadar ini adalah lebih baik daripada malam-malam yang lain dengan mendapat pahala seperti melakukan ibadah selama 1000 bulan.
Sama-sama kita berusaha untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah dan melakukan amal ibadah dengan penuh keikhlasan pada (malam) lailatul qadar bagi mendapatkan keberkatan yang ada pada malam ini. Semoga segala amal ibadah yang kita lakukan pada (malam) lailatul qadar ini akan diterima dan diberkati oleh Allah.











CARA MUDAH CARI MUKA SURAT DALAM AL QURAN

--------------------------------------------------------------------------------

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah saw kepada kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad saw tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (datang daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yang nak kongsikan ni adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama2 kita belajar...Contoh 1 Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:

5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82.

Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2 Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182.

Contoh 3 Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442.

Subhanallah, memang menakjubkan. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...



Tiada ulasan

PERHATIAN ANDA UNTUK KEBAIKAN BERSAMA

Dikuasakan oleh Blogger.