Header Ads

Berita Semasa

Kebakaran Kg Sekalong Menumbok
Tanggal 1 Ogos 2011 menjadi satu sejarah hitam kepadai penduduk kampung menumbok apabila saat umat Islam baru memulakan ibadah puasa hari pertama telah dikejutkan dengan satu kebakaran di Kg Sekalong Menumbok .Suasana menjadi kelam kabut apabila api kebakaran mula melarat ke rumah-rumah yang berdekatan,Orang kampung yang berada di tempat kejadian telah berulang kali cuba menghubungi pihak bomba namun usaha mereka masih sia-sia.

Penduduk kampung telah telah bersepakat untuk mencuba memadamkan kebakaran tersebut tanpa menunggu ketibaan pihak bomba.Dengan berbekalkan peralatan yang serba kekurangan,mereka menghadapi kesukaran untuk memadamkan kebakaran tersebut .Setelah api berjaya dipadamkan 89 % oleh orang kampung ,kedengaran siren kereta bomba d ari luar simpang ,setibanya mereka di tempat kejadiaan ,salah seorang penduduk kampung meluru terus kearah Pegawai Bomba agar mengarahkan mereka pulang kerana api dah terpadam kerena kelewatan mereka .Pegawai Bomba memberikan alasan sebab mereka lewat ditempat kejadian kerana jarak dari kawasan kebakaran terlalu jauh disebabkan mereka dari balai bomba kawasan Kuala Penyu .

Apa yang ingin dikongsikan di sini ialah, kelewatan pasukan bomba tiba telah menyebabkan 3 buah rumah tersebut hangus semua. Apa yang dikesalkan, pihak bomba datang setelah api terpadam... SUDAH TERLAMBAT... Justeru itu ,kita harus mengambil iktihbar dan pengajaraan diatas mushibah ini agar menjadi panduan untuk memperbaiki era kemajuan yang dibanggakan sebelum ini .sudah tiba masanya, pekan Menumbok ini mempunyai setidak-tidaknya Balai Bomba Mini sendiri agar tiada lagi alasan yang diberikan .manakala Jabatan air setiasa menyalurkan bekalan air dan mencukupi serta tekanan air tinggi .Setidak-tidaknya Balai Bomba Mini ini memainkan peranan membantu penduduk kampung Cara Dan Panduanan Ketika Berlakunya Kebakaran disamping ini belia-belia kampung mendapat suntikan semangat untuk berbakti kepada masyarakat.

Selain itu,Memang kita ketahui rakyat di pekan menumbok ini sering dahagakan bekalan air paip ,ini disebabkan bekalan air kadang kala ada dan yang pasti mesti ada terputus bekalan .Bekalan air dan tekanan tinggi amat diperlukan untuk kegunaan harian namun dalam kes kebakaran Air amat diutamakan agar permasalahn kebakaran dapat dielakan. Justeru itu ,Wakil Rakyat disarankan agar turun padang untuk menyelasaikan permasalahan ini.Bak pepatah “Maufakat Membawa Berkat”Segala permalasahan penduduk pekan menumbok dapat dirungkai dan diselasaikan dengan tulus demi kebaikan dan kesejateraan rakyat.

Selain itu,Jabatan Kebajikan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan cepat menyelasaikan pemasalahan yang timbul dikawasan menumbok tanpa mengira bangsa dan status mereka .Bantuan dari jabatan kebajikan masih lagi diperlukan untuk membantu penduduk di kawasan menumbok.Janganlah kita menantikan penduduk kampung membuat permohonan barulah kita bertindak.Sikap Pilih Kasih juga harus dihapuskan dalan mana-mana jabatan agar segala perkhidmatan yang diberikan pertepatan dengan lunas sebagai perkhidamatan awam.
Dikuasakan oleh Blogger.