Header Ads

Padah!!Lelaki ditahan selepas cuba samun kedai runcit

http://panasbaran.blogspot.com/2018/03/padahlelaki-ditahan-selepas-cuba-samun.html

IPOH - Seorang lelaki bersenjatakan parang ditahan selepas cuba melakukan jenayah samun di sebuah kedai runcit di Panorama Lapangan Perdana di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 4 petang itu, suspek berusia 34 tahun tersebut memasuki kedai berkenaan dengan memakai topi keledar dan mengacukan parang kepada pemilik kedai yang berada di kaunter.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, selepas gagal melakukan samun, lelaki tersebut bertindak keluar melarikan diri sebelum ditahan oleh orang awam yang berada berhampiran kedai tersebut.

"Selepas mendapat maklumat mengenai kejadian itu, polis segera ke lokasi kejadian sebelum menahan suspek yang berjaya diberkas dan diikat orang ramai.

"Seorang wanita yang merupakan pemilik kedai itu turut menyerahkan beberapa barang kes dipercayai digunakan suspek termasuk sebilah parang," katanya ketika dihubungi sebentar tadi. - K! ONLINE

Tiada ulasan

PERHATIAN ANDA UNTUK KEBAIKAN BERSAMA

Dikuasakan oleh Blogger.