Header Ads

Pelik Tapi Benar!! 30 Tahun Hidup Dengan Mayat Ibu

http://panasbaran.blogspot.com/2018/03/pelik-tapi-benar-30-tahun-hidup-dengan.html

BAYANGKAN wanita ini hidup bersama rangka ibunya yang telah meninggal dunia sejak 30 tahun lalu tanpa diketahui oleh sesiapapun.

Wanita itu, yang kini berusia 77 tahun menetap di sebuah flat di Ukraine dan tidak pernah bertegur sapa dengan jiran-jirannya,

Dia mengalami lumpuh di kedua kaki. Disebalik sikapnya yang tidak mahu bergaul dengan jiran-jirannya, mereka tetap membantu dengan memberikan makanan kepadanya.

Makanan itu diletakkan di depan pintu rumahnya. Namun apabila makanan itu tidak diangkat, mereka telah membuat laporan polis,

Pihak berkuasa terpaksa memecahkan mangga pintu untuk masuk ke dalam rumah yang kotor itu.
Rumah itu juga tidak mempunyai bekalan air, gas atau elektrik. Ketika pemeriksaan dilakukan polis terkejut apabila menemui mumia ibunya yang terbaring di atas sofa.

“Wanita ini hidup sendirian dan tidak pernah bercakap dengan jirannya. Dia juga tidak pernah membuka pintu depan.“Tiada siapa menyangka dia hidup dengan rangka ibunya. Rangka itu telah dibawa untuk pemeriksaan forensik manakala wanita itu dirawat di hospital,’’ kata polis.

Tiada ulasan

PERHATIAN ANDA UNTUK KEBAIKAN BERSAMA

Dikuasakan oleh Blogger.