Header Ads

Isteri Kantoi Khalwat Pemandu Grab


http://panasbaran.blogspot.com/2018/02/isteri-kantoi-khalwat-pemandu-grab.html

KELAKUAN pelik seorang isteri yang sering memesan Grab terbongkar apabila suami wanita tersebut menangkap pasangannya bersama seorang pemandu Grab berkhalwat di sebuah hotel.

Satu rakaman video yang tular di Indonesia menyaksikan wanita tersebut dan teman lelakinya itu diserbu atas laporan yang dibuat oleh suaminya sendiri di dalam bilik hotel di bandar Lampung, Sumatera.

Berdasarkan video yang dimuat naik menerusi Facebook oleh seorang pengguna bernama Eric Riswandi itu, wanita tersebut kelihatan marah apabila diserbu petugas agama di dalam bilik hotel tersebut.

“Suami menyerbu isteri yang tengah berduaan dengan lelaki lain di sebuah bilik hotel. Sang suami adalah anggota polis, sang isteri pegawai Badan Penyelenggara Jaminan Sosial (BPJS) dan berselingkuh bersama seorang pemandu Grab,” tulis Eris Riswandi.

Video berdurasi 2 minit 40 saat itu jelas Riswandi adalah diambil salah seorang petugas agama yang turut serta dalam serbuan itu menunjukkan wanita tersebut memarahi petugas-petugas agama yang merakam video tersebut.

Ketika ditangkap, wanita yang sudah mempunyai tiga anak itu enggan memberikan kerjasama pada mulanya, tetapi akhirnya bersetuju untuk dibawa ke sebuah balai polis selepas suaminya hadir ke lokasi kejadian.
http://panasbaran.blogspot.com/2018/02/isteri-kantoi-khalwat-pemandu-grab.html


Bagaimanapun, wanita yang ditangkap bersama lelaki bukan muhrimnya itu mengaku tidak berbuat apa-apa di dalam bilik hotel tersebut ketika ditahan.

Sementara itu, petugas yang melakukan serbuan tersebut berkata, maklumat keberadaan wanita berkenaan di lokasi tersebut dilaporkan sendiri oleh anggota polis yang juga merupakan suami kepada wanita curang terbabit.

Di dalam rakaman video tular tersebut, pemandu Grab yang juga merupakan teman lelaki wanita tersebut tidak banyak berkata-kata, berbeza pula dengan wanita tersebut yang memaki hamun mereka yang menyerbunya.

Jelas wanita itu, dia tidak mahu memberikan kerjasama kerana dia kebetulan masih memakai baju uniform BPJS dan akan dibuang kerja sekiranya pihak atasan agensi tersebut mendapat tahu.

Sehingga kini, video yang dikongsikan itu mendapat lebih 57,000 perkongsian serta sudah ditonton lebih 6 juta kali melalui akaun Facebook Eris Riswandi.

Kedua-dua suspek dibawa ke balai polis di bandar Lampung dan siasatan lanjut sedang dijalankan.




Tiada ulasan

PERHATIAN ANDA UNTUK KEBAIKAN BERSAMA

Dikuasakan oleh Blogger.