Header Ads

Pengenalan Biasiswa


http://panasbaran.blogspot.com/2018/02/pengenalan-biasiswa.html


Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, Biasiswa adalah suatu bla bla bla bla. Hendak pulak saya nak skema pergi terangkan apa maksud biasiswa. Cukuplah anda tahu bahawa Biasiswa tu bila anda belajar, anda dapat tajaan tanpa perlu bayar balik. Haa. Begitulah secara mudahnya.

KEBAIKAN BIASISWA

Biasiswa ini sangat baik untuk anda kerana anda tak perlu bayar balik semula biasiswa anda jika anda tamat belajar dengan syarat anda memenuhi segala peraturan dan persetujuan yang anda terima di antara anda dan pihak penaja.

Misal Contoh, pihak penaja mahu anda mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.0 setiap semester. Maka anda perlu mendapatkannya selaras dengan persetujuan yang di capai. Jika anda gagal, anda mungkin di tamatkan penajaan anda.

KENAPA PERLU BIASISWA?

Biasiswa sangat perlu untuk anda mendapatkan wang bagi menampung perbelanjaan anda di institusi pengajian sama ada di dalam atau di luar negara. Anda perlukan wang untuk membayar sewa rumah atau tempat penginapan, makanan, perbelanjaan buku-buku dan sebagainya. Itu penting supaya anda boleh belajar dengan tenang dan selesa.

SIAPA YANG LAYAK MOHON BIASISWA.

Kebiasaannya, biasiswa diberikan kepada mereka-mereka yang layak seperti pelajar-pelajar yang cemerlang, pelajar-pelajar cemerlang yang datang dari keluarga miskin dan kurang berkemampuan, anggota-anggota keluarga organisasi pemberi tajaan biasiswa dan sebagainya.

Sebagai contoh, anak seorang kakitangan awam akan dilebihkan dalam permohonan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam berbanding ibu bapa yang berkerja dengan swasta. Itu satu contoh terdekat.

PENYALAHGUNAAN BIASISWA.

Ramai daripada penerima biasiswa telah menyalahgunakan biasiswa mereka untuk membeli barang-barang yang tidak diperlukan seperti gajet, pakaian2 branded, pergi melancong dan sebagainya. Ini satu perbuatan yang salah sama sekali kerana biasiswa itu di beri dengan menggunakan wang negara.

Tiada ulasan

PERHATIAN ANDA UNTUK KEBAIKAN BERSAMA

Dikuasakan oleh Blogger.